Saturday, March 10, 2012

~ Melodi Sebuah Memori ~ (02)


  “Ha.. Nak nugget ni 3 cucuk…” Minta Shaf pada akak senior yang menjual di sebuah gerai di KAED Fest tersebut. Oo.. Patut la pun… Ice tersenyum sumbing. Secucuk fishball goring diambil lalu diletak sekali bersama nugget yang dipesan Shaf. “Thanks Shaf.. Sayang kau..” Ice ketawa kecil lalu menepuk bahu Shaf sebelum melangkah keluar dari gerai nugget tersebut yang sedikit sesak. “Er..”Akak senior tadi tak tahu apa nak dibuat dengan fishball yang diletak Ice tadi. “Nak kira sekali?” “He.. Ha’ah..” Shaf geleng kecil sambil tersenyum lalu menarik keluar not RM5 dari wallet Levi’s hitamnya.

  Ice membelek belek buku buku di gerai buku bertentangan gerai nugget tadi. Banyak buku ilmiah dan islamik. Ye la… Kata UIA.. Pelik je kalau tetibe ada magazine Eh! dekat sini. Dan mata Ice tertarik pada buku berkulit hitam kuning. Dibaca tajuk Faith : the Way of the Happiness.. Harun Yahya . . Buku kecil tadi diambil lalu dibelek belek dari muka ke muka.. Dan mata Ice tertarik pada ayat di muka surat 32.

Allah has given people everything, but the feeling of ingratitude within people prevents them from thanking Allah as they should. In the Qur’an, Allah tells us that He will only increase the blessings of His grateful followers and will repay the ungrateful with torment.

“Ice , fishball kau…” Shaf menghulur plastic  berisi nugget dan fishball kepada Ice. Buku tadi ditutup lalu diletak kembali dimana ia diambil. “kau nak beli buku tu Ice?” Plastik tadi bertukar tangan. “Urm.. Nanti kot..” Langkah Ice diatur ke  luar gerai. Lalu lidi fishball ditarik. Baru sahaja hendak digigit fishball tersebut, mata Ice sekali lagi tertarik pada sesuatu… Seseorang sebenarnya…. Eh? Tu bukan ke…

“Akmar!!” si empunya nama memandang diikuti temannya. Ha.. Betul la ni…
“Uwais!!” Akmar berjalan perlahan ke  arah Uwais yang masih memegang fishball. Temannya juga mengikut.

“Kau buat apa kat sini? Kau bukan UM ke?” Tanya Uwais. Shaf yang baru menyertai senyum kepada dua gadis dihadapannya itu.. “Ha’ah.. Ni ha.. Member aku ni ajak teman dia tengok Fest ni..” Dan rakannya mencubit kecil lengan Akmar.

“Oh..” Ice mengangguk kecil. “Ni.. By the way, kenalkan, roommate aku.. Shafiq.. Kitorang panggil dia Shaf je..” Sekali lagi Shaf tersenyum segan dengan mengangguk kecil. “Ha.. Ni pulak Aniss..” Akmar pula mengenalkan temannya. Balasan yang sama juga. Senyum kecil.

“Urm.. Uwais.. Maaf.. Tapi kitorng kena gerak dah ni.. Kau ada facebook aku an? Pepehal msej je aku okey?” Oh.. Uwais mengangguk perlahan.. “Oh.. Okey.. Take care Akmar, Aniss..” Aniss mennngangguk.

“Assalamualaikum..” Akmar memberi salam sambil melambai sebelum berjalan pergi diikuti rakannya. “Waalaikumsalam..” serentak Uwais dan Shaf membalas salam..

“Member kau?” soal Shaf. “Yerp... Sekolah menengah dulu…” Ice lalu menggigit fishball di tangan. Um.. “Awek…?” Shaf senyum menduga.. “Ngarot….” Jawab Ice ringkas sambil berjalan pergi..

Tak sangka pulak boleh jumpa dia dekat sini. Lama jugak tak jumpa dia. Um.. Dulu dia, Akmar dengan rakan rakan yang lain rapat je. Termasuklah si dia.. Kalaulah waktu tu tahu yang hati ni akan dimiliki si dia.. Ai… Nak buat macam mana Ice.. Benda dah jadi…

“Ice!!” Shaf menepuk perlahan lengan rakannya itu. Ice tersedar dari lamunan. “Jauh sangat mengelamun.. Panggil tak dengar…” “Um? Oh.. Maaf..” Ice senyum seorang. “La.. Ni kalau dah sengih ni… Kau ingat Akmar eh….” Sekali lagi Shaf menduga.. “Hehe.. Ya.. Dan tidak…” Ice menjawab sambil menggigit satu lagi fishball. “Falsafah sangat kau ni.. Jom jom balik.. Cakap bukan awek tapi teringat ingat..” Shaf dah jalan dulu.. Ice senyum sambil mengunyah fishball tadi.. Bila Shaf dah mula bebel.. Habisla dia jap lagi kene lecture free…

Shaf.. Ya sebab memang aku teringat Akmar.. Zaman sekolah dengan dia dulu.. Dan tak tu sebab.. Dia dah ingatkan aku kat orang lain.. Orang yang aku rindu sangat sangat.. Orang yang buat aku kuat sampai sekarang..

Tetapi jawapan itu hanya disimpan di dalam hati… Kaki Ice lalu berlari anak mengejar Shaf yang dah jauh dihadapan… 

**********************************************************************


No comments:

Post a Comment