Saturday, March 17, 2012

~ Melodi Sebuah Memori ~ (03)


Hujan turun dengan lebat petang itu . Melodi air yang bertemu bumi kedengaran di setiap kawasan . Sekali sekala diselang dengan bunyi guruh yang tidak jauh . Ice bersandar ke tiang pondok kecil itu sambil memegang paper bag  brown bergambar teddy bear itu . Bibir yang tidak senyum sedari malam tadi membuka kecil memberi keluh . Cermin mata dibetulkan . Diri yang bersandar tadi menoleh ke belakang apabila mendengar tapak kaki berjalan hampir dengan ke pondok tersebut .

Laili masuk ke dalam lalu payung yang masih bertitik air diletak tepi . Paper bag biru yang dipegang tadi terus dihulur kepada Uwais . “Uwais . . . Nah . .” Er… Cepatnye… Hati Uwais berbisik sendiri . Paper bag tadi bertukar tangan . Dibuka sedikit melihat isi . Couple T – Shirt , teddy bear , key chain dan beberapa lagi hadiah yang diberi Ice kepada Laili dahulu . Ice diam .

“Uwais , meh sini barang saya . .Saya nak cepat ni . .” Seboleh boleh Laili cuba tidak bertentang mata dengan Uwais . Bukan jijik . . Tetapi sayang . . Bukan mudah nak buat benda ni . . Tapi perlu .. Um..
“Perlu ke sampai macam ni..?” Uwais bertanya perlahan sambil menutup semula paper bag biru tadi . “Sangat perlu…” Laili perlahan menjawab . Mata Uwais terasa berkaca semula . Kaki yang terasa lemah sekali dibawa ke bangku lalu punggung dilabuhkan di situ . Paper bag biru tadi diletak tepi sementara paper bag yang yang dibawa tadi dipeluknya erat  . Mata memandang Laili yang mengalih pandangan ke arah taman permainan yang kosong itu .

“ Tapi Laili.. Kita kan takde masalah . Study awak okey.. Saye….” “Tak… Ni bukan pasal study . .” Cepat Laili mencelah . “Then apa..?” Uwais bertanya . Kenape perlu sampai macam ni..? “Sebab…” Laili cuba menjawab . Pandang yang tadi ke arah taman beralih sekejap ke Uwais lalu dialih semula ke arah luar .

“Maaf . .” Laili tidak menjawab soalan . Uwais diam . . Faham . . Mungkin bukan sekarang waktu dia. Apa apa pun sebab Laili buat macam ni, mesti sebab yang betul. Urm.. Paper bag brown tadi dilepaskan pelukan. Lalu perlahan diberi kepada Laili yang masih memandang ke luar.. Menahan air mata yang semakin nak tumpah itu . “Urm… Laili…”

Laili tersedar dari lamunan . Pandang dialih kepada Uwais yang memanggil tadi. Mata berlari turun dari wajah Uwais ke paper bag yang dihulur itu . Tangan perlahan mengambil paper bag tersebut . Dibuka untuk melihat semua ada. Cukup. Beg tadi ditutup.

“Uwais . . Terima kasih untuk semua yang awak dah buat untuk saya selama ni . . Dan mintak maaf untuk semua silap saya … Maaf…” kata Laili perlahan namun cukup kuat untuk Uwais mendengar di bawah hujan yang tak  ada tanda nak berhenti itu … Uwais Cuma senyap memandang lantai. Masih tak percaya apa yang sedang berlaku.. Baru dua hari lepas mereka keluar bergembira.. Tiba tiba semalam dalam phone…

"Uwais... Maaf.... Saya tak boleh dengan awak lagi..." tutur Laili dengan nada sebak. Terasa Nokia 3310 kesayangan tu nak terlepas mendengar . 

“Saya balik dulu ya Uwais…” Laili bangun lalu mengambil payung tadi. Uwais turut bangun . “Laili… Please….” “Maaf..” Kata Laili lalu melangkah keluar dari pondok tersebut sambil payung dibawa menutup kepala.

 “Laili..!! Saya akan cari awak jugak!! Saya sayangkan awak!! Betul!!” Uwais menjerit kuat. Langkah Laili terhenti . Mata dah mula berair. Cincin silver di jari dilihat.. Lalu Laili berjalan semula ke arah Uwais . “Tak… Jangan cari saya.. Live your life.. Go on… Dan.. Kalau ada jodoh kita…”Cincin tadi ditarik keluar dari jari manis kiri.. Tangan Uwais diambil lalu cincin tadi diletakkan di dalam genggaman Uwais..

 “Kalau ada jodoh kita... Awak akan sarungkan cincin ni balik satu hari nanti kat jari saya…” Senyum cuba diukir. “Assalamualaikum…” Ucap Laili sebelum melangkah pergi… Uwais yang masih terdiam cuma mampu melihat..

“Wa’alaikumsalam…”

*********************************************************************************

Cincin silver milik Laili digenggam erat. Teringat lagi…. Hujan yang turun sangat lebat… Tiap kali hujan je pasti teringat peristiwa tu.. Hurm.. Ice melepas keluh kecil… Diri yang tadi melihat ke luar tingkap mahallah dibawa ke katil . Tubuh direbahkan perlahan.. Pagi Ahad.. Tinggal dia, Asyraff dan Faiz je.. Yang lain masih tidur.. Cuaca yang sangat kondusif untuk tidur… Mata Ice juga terasa berat.. Namun hati terasa mahu buat benda lain.. Lalu gitar kapok yang tersandar di tepi katil ditarik. 

Nak buat lagu .

No comments:

Post a Comment