Thursday, March 8, 2012

~ Melodi Sebuah Memori ~ (01)




  Nikon D3100 diangkat dari leher lalu ditangkap bangunan bangunan UIAM yang baginya dianggap unik dan cantik itu . Dengan bertema biru , memang la buat Ice naik hantu nak tangkap gambar semua benda yang biru dekat situ .

"Ice..." panggil Shaf yang sambil mengunyah nuget goreng yang baru dibeli tadi. Ice mengangkat wajah dari kemera lalu dipandang wajah temannya itu.
"Kita datang nak tengok KAED Fest kan.. 5 minit je kat situ kau dah ajak blah ... Asal..?"

Ice senyum sambil mengangkat DSLR kesayangan lalu ditangkap gambar Shaf yang sedang menarik nuget dari lidi . Shaf yang baru perasan gambarnya diambil menjeling sambil terus mengunyah nuget tadi. Orang tanya dia tangkap gambar pulak. Isy..

" Natural.. Beauty... Aku suka tangkap gambar orang yang tak tahu gambar dia nak kena ambil.. Kita boleh dapat ekspresi sebenar dia.." Senyum Ice. "Tapi Ice, soalan aku tak terjawab lagi ni..." "Hehe.. Aku rimas la Shaf.. Ramai sangat.. Macam kau tak kenal aku.. "

Lidi tadi diletak dalam plastik tadi lalu disumbat dalam tong sampah sebelah bangku. "Takdela.. Aku baru ingat nak cari calon isteri.. Hehehe... Kau tak minat...?" Tawa Ice pecah. "La... Brother, saya sangat serius ni.. Gelak pulak.."

Ice lalu mengambil duduk di sebelah Shaf. Kamera tadi diletakkan ke atas peha.. "Siapa yang dalam dunia ni tak minat nak cari calon isteri...? Hehe.. Aku pun teringin jugak Shaf.. Tapi aku ni .. Kau tengokla.. Diri sendiri pun tak terjage sangat. Aku tak bersedia lagi..."

Shaf terdiam.. Dia pun belum bersedia.. Dah gatal nak cari calon isteri... Kawin bukan senang .. Kalau takat couple tu boleh la kot.. Tapi dah serik dengan couple.. Argh.. Tensyen pulak... Shaf memicit pelipisnye perlahan. "Shaf, kau oke ta ni..? Pening..?" Shaf senyum. "Aku oke je.. Just terpikir.. Betul jugak.. Kalau tak bersedia lagi buat apa nak carik calon isteri kan..." Cakap dari pengalaman...

Tangan Ice mencapai kunci di dalam poket lalu dibawa keluar . Cincin silver kecil yang diikat sekali ditatap sebentar. Segala janji dan memori Ice bersama si dia terasa bermain kembali di depan mata . Um.... Mata terasa berkaca. Ya Allah... Kuatkanlah aku... Um.. Kunci dan cincin tadi disimpan. Ice.. Ice... Emo pulak.. Sabarlah.. InsyaAllah ada jodoh... Dia tunggu kau tu... Chayok!! Hari memujuk..

"Ice.. Kau oke ta ni..?" Shaf pula yang risau melihat Ice yang termenung jauh. "Huh? Ha.. Oke oke.. Hehehe.. Maaf... Berangan tadi.." Shaf ketawa.."Hahaha!! Siang siang pun berangan ke..." Nikon D3100 tadi disimpan di dalam beg lalu disandang.

"Nak gerak dah?" soal Shaf sambil membetulkan beg di bahu.
"Kita pusing Fest tu satu round lagi lepastu kita balik.. Okey?" Ice mencadang.
"Cantik... Aku nak beli nuget tu lagi.. " Shaf bersetuju.

Ice tersenyum lalu melihat ke langit.

Awak.. Awak tunggu saya kan...?

Langit biru yang cerah itu seakan menjawab ya... Dan senyum Ice makin melebar...



*****************************************************************************

Tak dapat tido punye pasal.. Hehe.. Thanks to member yang dok pasang Harry Potter 7(ii) pukul 3 pagi sebelah katil saye dengan speaker.. Terjadi jugak part 1 ni.. Maaf.. Blog english... Tetibe post cerite melayu.. Hehe.. Biarla.. Blog saye... :P

I would like to say thanks to Him.. Yang mengilhamkan...
Thanks to her and them... For all the memories ...

*KAED - Kuliiyah of Architecture and Environmental Design
  UIAM - Universiti Islam Antarabangsa Malaysia 






No comments:

Post a Comment